Saturday, October 4, 2025

TADABBUR ONLINE ‼️ "PENGAJARAN dari SURAH LUQMAN ~ SIRI 8 - 2 Okt. 2025 ...


Sekarang ramai  kita tak ikut pencipta manusia sebut dlm al Quran
Lokman ajar anaknya
1) Paling asas:  Al Hikmah...
Kami beri hikmah kepada Lokman.  Dengan Hikmah itu Lokman boleh didik anak.
Hikmah ialah kefahaman Agama.  Sumber utama kefahanman Agama ialah kefahaman al Quran.
Setelah Lokman berhikmah maka Lokman mengajar dengan tauhid.

2)  Mungtauhidkan Allah.  Itu hikmah...Seandainya anak2 tidak mengenal Quran dia akan mensyirikkan Allah.  Jika pada pencipta dia kufur ..malahanlah pula  dengan manusia.  Akhlak akan datang setelah kenal Allah

3)  Jika mak bapak kufur Allah guna wasoohibkuma...Allah ajar jika ,mak bapak tak beriman ,,,kita kena tolak dengan cara baik.   Jika mak bapak suruh yang salah kita kekalkan  dengan menolak dlm keadaan yang baik.Supaya  kamu kuat kamu kena ikut orang yg dekat dengan Allah ...barulah kamu terpelihara ...ikut orang yang berilmu.

Aqidah Ayat 16.

Sentiasa takut meskipon buat dosa besar atau kecil ...maka Lokman kata mepelajari dan memahami Akidah...bewlajar memahami  kepada yang ghaib...Allah sentiasa tahu..  apa yang kita buat kemudian barulah Lokman ajar kepada amalan prektikal.

Praktikal... Praktikelnya SOLAT.
Apa kita ajarkan awal2 pada anak2...tidak ikut cara Lokman...yang kita lihat ini umumlah termasuk solat fardhu dan solat sunat...
Solat sunat biasanya sekolah tidak ajar secara menyeluruh .

Solat2 Sunat.   Dengan solat2 sunat itulah akan menampung kekurangan solat fardhu.

" Solat sunat Subuh "

"Lebih baik dengan Dunia dan Seisinya"

Ramai orang tak tahu solat sunat yang 12 rakaat itu.  Kadang2 sampai ke usia tuapon tak tahu.  Pergi awal masjid, tapi tak solat sunat.  Mereka solat sunat 2 rakaat aja.  Jika solat Sunat 12 rakakat setiap hari akan terbina Istana di Syorga,

1)         2 sebelum subuh 
2)       4 sebebelum  Zohor
3)       2 selepas Zohor
4)       2 selepas maghrib
5)         2 selepas isyak.
    
          Jumlah semua 12.


Lokman mengajar anaknya dengan solat2 sunat sekali...
Kelebihan Allah bina Istana di Syurga.

UMMU HABIBAH PERAWI HADITH  'SESIAPA YANG MENUNAIKAN KAN SOLAT 12 RAKAAT 
KATA UMMU HABIBAH  SEJAK AKU DENGAR HADITH INI AKU TAK PERNAH MENINGGALKANNYA.  SOLAT SUNAT  12 RAKAAT  INI.  

JIKA DAPAT RUMAH DI DUNIA HANYA SAMPAI SAAT KEMATIAN SAHAJA TAK BOLEH BAWA MATI.

JIKA DI AKHIRAT RUMAH YG KEKAL SELAMA2NYA...
 Di sekolah kita tak dia ajar untuk masuk syorga...jadi benda2 macam ini tidak di buat...di abaikan sayang tau...salah belajar...Syurga yang nak kita pergi terlepas begitu sahaja.  

Ambasah kata sejak dia dengar dari ummu Habibah dia tidak lagi meninggalkan solat ini
1) menampung solat Fardhu.
2)  mendekatkan diri pada Allah dengan amalan Sunnah.

Jika kita musafir..
.tinggal..tetap dapat pahala 12 rakaat.  kerana kita sentiasa buat sebelum musafir...ataupon jika kita sakit tetap dapat pahala 12 rakaat dan balasan istana di syurga.

Bila kita jahil banyak benda2 kebaikan kita tinggal. 
Solat sunat Ghairu Muakkadah...kadang2 Nabi buat ...kadang2 nabi tinggal...sebelum asar sebelum isyak...

Suruh yang makruf dan cegah yang mungkar... Lokman akan menyuruh anaknya solat dgn betul.. .  Suruh orang lain buat makruf..Lokman Suruh anaknya suruh orang buat makruf..
"BAHASA AL QURAN"

Dgn sendirinya anak kita mnenyuruh orang buat makruf dan cegah orang buat mungkar.  Nasihat dengan cara yang baik.    

Nabi kata ; " Sesaorang itu tak beriman dengan sempurna sehinggalah dia sayang saudaranya sebagaimana dia sayang dirinya sendiri"   Jangan pentingkan diri sendiri...

Dalam Surah Wal Asri:  Sayang krepada saudara kita berpesan supaya dengan kebenaran serta kesabaran supata tidak  masuk neraka.   Jika daku tegur tandanya daku sayang.

Biasanya orang tak suka bila kita mengajak orang  membuat perkara yang makruf." Itu sebabnya setiap Nabi2 akan di tentang...kerana yang Allah perintah akan  banyak orang yang menentang..tapi Setiap Nabi2  sabar untuk berjaya dlm berdakwah.

Surah Al Asri.. :  



1) Demi masa...
2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3) Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh., dan mereka itu berpesan-pesan dengan kebenaranserta berpesan2 dengan kesabaran.

Kenapa Nabi Nuh berdakwah beratus tahun kerana dia Sabar..
 Nabi Ibrahim:   musnahkan patung kerana mahu ajak orang beraqidah kpd Allah.

Kalau kamu nak bersihkan diri kamu kena bersihkan semua...kita tak selamat jika di luar tak selamat. 
Maka Lokman kata kepada anak nya Sabar

Lokman nasihat kpd anaknya:  Demikian itu Solat...Amal Makruf ..Nahi mungkar...memerlukan keazaman kesungguhan kesabaran yg luar biasa.   Nabi Nuh berdahwah orang tutup telinga...Nabi Nuh tetap datang...
Nabi2 yg di panggil ULUL AZMI ORANG YANG KUAT DAN KESABARAN YANG LUAR BIASA. MABI IBRAHIM A.S ,NABI  NUH A.S,NABI  MUSA A.S. NABI ISA A.S DAN NABI  MUHAMMAD S.A.W 

 PALING HEBAT NABI MUHAMMAD... 
NABI SUJUD ORANG MUSHRIKIH LETAK PERUT UNTA. BUSUK...
NABI SABAR TAK MARAH ...HABI HIJRAH KE MADINAH  NABI DATANG KEKAH KEMBALI SEMASA FATHUL MEKAH  ...NABI TAK MARAH PON KERANA DI ULUL AZMI.

Gelaran Ulul Azmi
  • Nabi Nuh a.s.
  • Nabi Ibrahim a.s.
  • Nabi Musa a.s.
  • Nabi Isa a.s.
  • Nabi Muhammad s.a.w

Ulul Azmi jugak boleh memaafkan orang yg berbuat jahat kepadanya.


Nabi sebut  tidak akan masuk syurga sesiapa yang sombong walau sebesar biji sawi.....kerana dia rasa dia sombong.

YA RABB.... JAUHKANLAH KAMI DARI SIKAP SOMBONG DAN MENINGGI DIRI RABBKU...

Banyak Agamawan sombong...Nabi Pendakwah hebat berjalan kaki ke Taif...berjalan kaki...Ustaz sekarang ni asyik sebut sampul aja.  jika tak da sekali ini aja esok tak payah datang dah.:  Itu kah pendahwah?     Orang miskin ajak tak mahu ajar...Jika orang kaya panggil terus terima...sebab dia kaya.   Maha suci Tuhanku Jauhkan lah kami dari sifat sombomg.  Aamiin.

Jangan sombong walaupon sebesar zarrah...Allah  kata sombong itu pakaianku.  


Apa kaitan  ayat 18 dengan 14...

Berlumba untuk  jadi cemerlang...Dia akan sombong..Ya Rabb jauhkan lah aku dengan kesombongan.  Jika beriman "Lokman suruh orang buat makruf dan cegah yang mungkar"

Yang buli2 orang itu masaalah sombong itu. Takutkan.!!!  Ajarlah anak kita rendah diri...MaasyaaAllah sempurnakanlah akhlak kami...

Iblis Allah suruh sujud pada Adam...Sebab Adam baru di cipta...nak suruh Sujud padanya. Iblis engkar kerana dia sombong.

Kata Lokman...
Wahai anakku Jangan berjalan keatas muka bumi dlm keadaan sombong..Dari berjalanpon dan mula sombong...Jangan sombong bila mau berjalan..yang di tekankan disini , ialah akhlak..

Rasullullah bersabda:  
" Aku diutuskan untuk membetulkan akhlak umatku"
Takutnya kan!  

Sombong yang paling besar sombong dgn Allah...Tak mahu solat ..tak mahu mendalami Al Quran...Sombong paling besar adalah menolak kebenaran...' Nak Syafaat Nabi tak mahu ikut Sunnah Nabi.

Merendahkan orang...Menghina..menyesatkan orang . Ya Allah jauhkanlah kami...

Apa tanda orang sombong...orang bercakap dengan kita pon kita paling kelain...Sombong...

Orang yang sombong Allah tak beri dia faham Al Quran..
Surah Al - A'Raf..ayat 146...menakutkan...







Surah Lokman ayat 19


Berjalanlah dengan sederhana...Nabi kalau bercakap rendah suaranya...Jangan bercakap dengan suara yang tinggi...Jangan bersuara dengan suara keldai.  Dalam banyak2 binatang suara keldai paling buruk...diantara binatang2 keldailah yg paling bodoh...  

"Seperti keldai yang membawa buku...Allah contohkan kepada  Ahli Kitab...Surah Al Jumaah...

Masa daku kecil dulu.   Bapakku  pernah marahku.  
"Ani jangan ketawa macam keldai"    Hii mulai hari tu daku tak ketawa lagi macam itu.   Pak!  Pak!  Eni sayang Pak!  

Pendidikan kita lari daripada akhlak yang baik.  Result Cemerlang tapi akhlak belum tentu...

Okey kita berhenti sampai ayat 19. 

Cari hidayah dalam solat kita...
Ih dinassiroo tal mus taqim...

No comments:

Post a Comment

Dari Sungai Ke Segara