Ahad, 14 September 2025

Rinduku tak henti bertandang...,



Tiba2... Bila dah kutulus... Teringat lagu kegemaranku ini... Selamat pagi semua... Moga Rindu kita bawa kita kesyurga Allah... 


Rindu...

Perasaan yg bernaung kpd sesiapa sahaja. Robbku, daku sebenarnya di himpit rindu kpd sesiapa sahaja dlm kenanganku...

Semalam Kak Hindon call... Kami serentak menyatakan rindu... Hihi... Moga dapat berjumpa lagi... Daku blum bust keputusan... Lihat pagi ini samaada daku yg jemput Kakakku kesini atau daku yg pergi ke sana... Jika kesini daku ingat nak buat Mee Rebus yg sedap mu... Menunya adalah pemberian kawan Kak Hindun puluhan tahun dahulu yg daku selalu buat untuk open house ku di Lenggong... Rakan sekolahku suka sangat hingga mintak resepi nya dan Cikgu Norathmah ambil resepi dan beri pada Syukri...

Hihi Syukri buat untuk jamuan... Ummm sangat dengan pujian tetamu... Daku titipkan rasa terima kasih kpd kawan kakakku itu dgn rasa syukur dan moga dia mendapat pahala dari ajaran Menunya... Tq moga Allah anugerah pahala sejumlah ramai org yg menggunakan resepi nya. MaasyaaAllah...

Baby kucing ku terjerit selagi tak nampak daku keluar bilik... Kalau daku mati... Tentu babyku rindu aku... Daku tgh solat... Sat2 tadi anakku cuba buka pintu bilikku minta agar daku panggil Baby... Hihi habis solat daku panggil... Terus diam... Kasih sayang sebenarnya sukar nak padam.. Ntah lah itu binatang... Jika manusia lagi berat tanggunggannya. Rabbku Bantulah kami menangani ini semua mengikut lunas Agamamu... Jadikan Sabar dan Redho kami bawa pahala ke SyurgaMu Rabbku.Ini adalah ujian perasaan terhadap makhlok Mu... Kami Redho... Kami Sabar dan Kami Taat.. Aamiin... 

Tahukah anda

 

Kata- kata Hikmah..

 

Sudah 60 Tahun? Inilah Peringatan Keras dari Nabi ﷺ! - Ustadz Ammi Nur B...

MGPerak: Perak Buat Semakan Bajet Naik Taraf Lenggong Selepas Pengiktira...

Inilah Hukum Menghadiahkan Bacaan Alfatihah kepada Mayit Menurut 4 Mazdh...

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐡𝐚𝐥𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 | 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐝𝐳 𝐀𝐦𝐦𝐢 𝐍𝐮𝐫 𝐁𝐚𝐢𝐭𝐬

Kenapa Dzikir Lebih Utama daripada Doa? Jawaban Mengejutkan! - Ustadz Am...

 



Ingat ini nota saya sahaja...Tolong dengar Ceramah Ustaz.


Kenapa Zikir Lebih utama dpd doa.

Assalamaualaikum. 
 Alhamdulillahhirabbila'lamin....
Buku :  Kayya Ibnu Qaiyyim...
Mengapa Dzikir lebih afdhal dibandingkan doa...kerana Dzikir bentuk pujian terhadap Allah dengan sifat2 yang indah dengan  indah dan nikmat2nya dan nama2NyaSedangkan doa permintaan hamba dengan maksudnya...Bandingkan antara keduanya 
Sudah tentu Dzikir lebih utama kerana ia memujikan Nama2 Allah

Lihat Hadith :

"Barang siapa yg berzikir kepada ku sehingga tidak sempat meminta kepadaku, maka akan kuberikan kepadanya yang lebih afdhal daripada orang2 yang meminta.  "

Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Hibban :   
Mereka  mengatakan hadith ini tergolong dlm golongan Hadith moudhoq dua keterangan diatas ...namun ianya di sohehkan oleh Ibnu Hajjar...Dan ibnu Jauzi ,

Kesimpulan nya  Ibnu Qhaiyyim meletakkan hadith ini sebagai hassan...
Oleh kerana itu di anjurkan orang yang hendak bedoa lebih dahulu memuji Nama Allah sebelum mereka mula berdoa. 

Nabi pernah bersabda...Nabi melihat orang yg berdoa tanpa terlebih dahulu memuji Nama Allah  maka   kata Nabi orang ini terburu2 dan dia dipanggil oleh Rasullullah dan Rasulullah menasihatinya.

Kalau kalian solat, memuji lah Allah dengan pujian yang berulang.    Dianjurkan orang yang mahu berdoa dengan memuji Allah dan diiringi berselawat ke atas Nabi."

Demikian juga Nabi Zunnun ia itu Nabi Yunus...Kenapa Zunnun ...Nun ertinya ikan...Nabi memuji doanya Nabi Yunus...Apabila ada orang dlm kondisi dharurat maka  bacalah zikir Nabi Yunus nescara Allah akan memberi jalan keluar terhadap masaalahnya.

"Laa illa hailla anta, subha na ka inni kuntu minaz zoolimin"
Nabi Yunus tidak menyampaikan apapon cuma mengatakan dirinya orang yang zolim..apa kesilapan Yunus , beliau meninggalkan masyarakatnya dlm keadaan marah sebelum mendapat izin dari Allah...'

Nabi Muhammad tidak hijrah selagi beliau  tak mendapatkan izin dari Allah.   Dlm al Quran ..Allah larang Nabi Muhammas SAW untuk meniru Yunus kerana Nabi Yunus meninggalkan  umatnya..ada pada ayat...

Al Qalam ayat 48...

Bersabarlah terhadap safmu dan jangan jadi macam Yunus...meninggalkan kaumnya dlam keadaan marah. 

Surat Al Ambiak ayat 67...

Dia menyangka kalau aku tidak menghukumnya...sehingga Yunus berdoa di kegelapan lautan kegelapan perut ikan.. sehingga gelap lautan  dalam, dalam  posisi yg sangat gelap'
Maka beliau berdoa ''

Maka kami kabulkan permohonannya dan kami selamatkan beliau dlm keadaan terdesak. Dan ayat lain Allah  menyatakan bahawa Yunus adalah rasul dan beliau abbaqa"  melarikan diri dan naik dlm perahu penuh penumpang...mereka mengundi lalu beliau orang yg kalah dan lalu beliau dibuang dan ditelan oleh ikan ...Oleh kerana beliau seorang yang bertasbih maka beliau diselamatkan oleh Allah.  

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan Allah selamatkan dari sebarang kesulitan.
Tidak ada seorang pon muslim jika berdoa dgn klalimah ini maka akan Allah mustajabkannya.  Maka mari kita jadikan muqaddimah doa...

Dan doa ketika kesempitan ..k.maka guna 
>Al azim mul halim
>rabbularshsilazim
>Rabbussama watiwal ard.

Doa ketika dalam kesulitan.

1) Laailla haillallah huwarabbussamawatiwarabbulard dhiwarabbulardshilkarim.
2) Laa illa haillallah...huwarabbur ashilazim 
3) Laaillahaillallah hual azim mul halim.

Riwayat dari Ibn Hibban..Rasullullah dengar orang ucapkan :
Allahhu mainni as aluka bianni ash haduanlailahailla an ta , antahadussomad ,  allazi lam yalidwalam yu lad, Walam yakullahu kufuan ahad...,
Hadith Hasan dari

Ahli sunan: 
Sunnan Ibn Daud,
Sunnan  Ibn Majah 
Sunan An Nasai.
Sanadnya tidak ada masaalah . Banyaklah memujhi allah tidak ada hadith yg lebih hassan...
- Allahhummainni as aluka bi an na la ka ham da,
 - Laa illa ha illa  anta
-Al Mannan
-Badi us sama wardth
-Ya Zaljala li wal ik ram
-Ya hai yu ya khai yum

Nabi bersabda orang ini berdoapada allah dgn menyebut Nama Allah yang Agung yang akan di Ijabah.

Boleh juga Laa illa ha illa anta...
Doa akan di ijabah dengan doa dan zikir.
Akan menyelamatkan kebutuhan yang di minta oleh hamba.
Subha nallah...alhamdulillah...laa illahaillallah...Allah huakbar...
di bandingkan doa sahaja tanpa zikir...ia akan lebih kuat dan lebih  ijabah.

Lihat Doa Nabi Zakaria dalam Surah Mariam...
Rabbi inni wahanalmuminni, was taalal raksyushaiba, walam akum bi dua i  rabbi syakiyya.   semak...

Ya Allah tulang2 ku telah lemah dan rambutku pon telah di penuhi uban namun aku tidak pernah merasa rugi dengan banyak berdoa kepadaMu.


Seterusnya dengar betul2...

Tahukah anda


 

Khamis, 11 September 2025

Menjadikan Sisa Usia yang Indah Menuju Syurga || Ustadz Firanda andirja

(Sessi Lagu Updated Today..)Broery Marantika - Aku Jatuh Cinta (Official Audio)

Sessi Nyanyian...SHARIFAH AINI - Kepastian Cinta [Album SELAMANYA] (1996)

TANGIS PERPISAHAN - Lagu Sedih Menyayat Hati / Lagu Pop Minang / Slow Me...

AJARI AKU MELUPAKANMU - Lagu Sedih Menyayat Hati / Lagu Pop Minang / Slo...

Prof Dato Dr MAZA - Trump Firaun Masa Kini

Dzikir Pagi 4U,

 








































































 

Burung Putih,

 

Saturday, 18 May 2024


Cantiknya gambar Kak Pah ni...Moga Kak Pah Bahagia  di sana...Aamiin...

Mendahului sesuatu dengan Bismillah

 


Salam silaturrahim buat sahabat

Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT

Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.

.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.

.

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).

10. BAB HAMZAH WASAL l KELAS TAJWID AL-QURAN PRAKTIKAL l Ustaz Dr Hj Muh...

Kehebatan istighfar - Dr. Maza

air mata Dr MAZA

BASMALAH-DR ASRI-ISTIKHARAH KEHIDUPAN JIKA SEBAB DIKETAHUI MASALAH PUN ...

Prof Dato Dr MAZA - Keajaiban Penciptaan Masa! 24 Jam Yang Tidak Samamasa

Rabu, 10 September 2025

Tiadakah Di Hatimu Kemaafan - Shidee [Official MV]

Wednesday, 3 September 2025

 

Banyaknya lagu ni...menari2 di paparan skrin aku bila you tube daku on aja. 
Mari kita maafkan mereka,
Jangan simpan benci,
Jangan kita ikutkan hati kita yang marah,
Mari kita maafkan mereka, siapa sahaja.
Aku dah maafkan orang yang 
aku pernah sayang.
Dari dulu hingga sekarang
Mari maafkan...

"Memaafkan orang Allah janjikan Istana emas di syurga"
Itu aku dengar di satu khutbah semasa  aku pulang dari sekolah dulu
Aku terus istiharkan kemaafanku kerana Allah.
Aku jugak maafkan orang yg menyangi aku yg memohon maaf kpdku.  
Akujugak mohon maaf kepadanya. 
 Sebelum aku pergi  meninggalkan dunia ini.

Lagu ini terletak di paparan pertama youtube aku setiap kali daku buka youtube.   Aku terpesona dengan senikata pada tajuk lagu.  Daku dengar lagu ini.  daku terpesona...daku terkesima sekejap...  dulu aku tak pernah dengar pon lagu2  ni. 

 Maasyaallah daku tersuka pulak. Mungkin itu jugak ungkapan yang Allah suruh aku beri kepada orang lain.  Selain orang memohon maaf kita juga perlu memohon maaf pada orang.  

MaasyaaAllah aku nak ambilnya sebagai iktibar.  Puluhan kali daku tengok maka daku buka dan dengar bait2 senikatanya.  Ya Allah,  sangat bagus.  Terdiri dari keinsafan dan kelembutan dalam satu persahabatan yang besar dan bermakna,  yang melibatkan hati...MaasyaAllah. Eni eni...kau  terpesona kan.   mari aku lihat lagi siapa penciptanya...moga kita appreciate dan bagi thumbs up untuknya.

Tunggu ...aku lihat sat....

Lagu:  Datuk Dr. Ahmad Nawab
Lirik: Habsah Hasan;
Pub:  Rock Musik Publishing Malaysia Sdn. Bhd

Daku rasa kedua2 pencipta lagu dan dan penulis liriknya dah tiada.  Mari kita doakan agar mereka berdua di tempatkan bersama orang2 yang soleh...Alfatihah;   

Selama hari ini daku dengar saja lagu...tak pernah daku beri aprisiasiku kepada  mereka yang terlibat...MaasyaaAllah. 
Aku doakan mereka tenang di sana Ya Robb...


Mari ku tulis senikata Lagu ini...

Katakan kalau ada cara yang lain.
bagi menyatakan kekesalan,
menarik kembali,
tiadakan mungkin
lantaran terlanjur perbuatan

aku hanya seorang  insan biasa
ada kala aku tersilap langkah
kini aku tahu,
perbuatan itu
membuat kau benci padaku

Tidakkah di hatimu beri kemaafan
yang dapat engkau berikan
kupinta sekali lagi kesempatan,
perbaiki kelemahan
dan membina masa depan

usah kau turut2kan
api kemarahan
hanya memusnahkan

dinginkan hatimu
mengingati kisah indah
kenangan berdua

maafkanlah sayang
ketelanjuranku
yang telah menyakiti hatimu
tersiksa diriku
kau terus membisu
katakan sesuatu padaku

perbaiki ...kelemahan...
dan membina masa depan...
usahlah kau turut2kan
api kemarahan
hanya memusnahkan

Dinginkan hatimu
mengingati kisah indah
kenangan berdua.

maafkanlah sayang
ketelanjuranku
yang telah menyakiti hatimu
tersiksa diriku
kau terus membisu
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku.

Rumusan;   Jawapan dari ku,
Buat yang menghantar lagu,

katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku.


Daku telah maafkan dikau dan kuharap dikaupon sama kerana tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalan di bumi Allah ini.  Mari kita bersihkan hati kita semoga kita tidak ada marah lagi.  Kita bina kembali persahabatan yang murni  dan dinginkan hati dengan mengingati kisah2 indah kerana Allah.

tersiksa diriku
kau terus membisu

Harap hatimu tidak tersiksa lagi dengan kebisuanku.
Moga kita yakin janji Allah kepada orang yang sabar dan redho...Jawapan kepada sabar dan redho adalah di kasihi Allah.
Jawapan kepada memaafkan orang adalah "Istana Emas di Syurga"

Keutamaan Surah Al-fatihah Dan Surah Al Baqarah Ayat 285-286 | Ustadz Ad.

 

Friday, 14 June 2024

Dr MAZA - Awal Zulhijjah Hari Paling Mulia

Tuesday, May 27, 2025

 

Jika Manusia Tahu Manusia Mendapat Saf Pertama...

    Assalamuaslaikum! Aku Berdoa Agar semua Orang Yang Aku Kenali Berlumba2  Mendapatkan Saf Pertama Dalam  Solat  Berjemaah Mereka . Insyaa...