No more...
Apa saja...
Sabtu, 20 Disember 2025
Mengucapkan Allahumma Barik, cara untuk kita mendoakan keberkatan buat diri atau orang lain
Doa Allahumma Barik
Dalam kehidupan seharian umat Islam, terdapat banyak ungkapan yang mengandungi makna yang mendalam dan membawa kebaikan. Salah satu ungkapan tersebut adalah ungkapan Allahumma Barik yang membawa maksud, “Ya Allah, berkatilah”.
Ungkapan ini , sangat digalakkan untuk kita ungkapkan apabila kita ingin memohon keberkatan buat diri kita dan juga orang lain. Selalunya ia diungkapkan apabila kita melihat sesuatu yang mengagumkan atau berada dalam momen-momen bahagia.
Dengan mengamalkan doa ini,, ia mampu mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T, dan dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan kesedaran kita terhadap nikmat dan kebaikan yang ada.
Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan mengenai kepentingan mendoakan keberkatan. Antara hadis yang membincangkan perkara ini adalah:
إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Jika seseorang dari kalian melihat pada saudaranya sesuatu yang mengkagumkannya, maka doakanlah keberkatan buatnya”
[riwayat Ibn Majah & lain-lain].
Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:
هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ
Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”
[riwayat Ahmad].
Teks, Bacaan Rumi dan Maksud
Ungkapan Allahumma Barik ini boleh disebut berdasarkan jantina dan jumlah orang yang ingin kita doakan, seperti dalam jadual yang disediakan di bawah. Namun, begitu, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari cara membaca ungkapan ini, maksud bagi ungkapan itu masih sama, iaitu, “Ya Allah, Berkatilah”.
Untuk mengetahui cara mengucapkan ungkapan ini berdasarkan jantina dan jumlah orang yang didoakan anda boleh lihat dalam jadual di bawah:
| Jantina | Arabic | Rumi |
| Lelaki (seorang) | اللّهُـمَّ بارِكْ لَه | Allahumma Barik Lahu |
| Perempuan (seorang) | اللّهُـمَّ بارِكْ لَها | Allahumma Barik Laha |
| Lelaki (ramai) | اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُم | Allahumma Barik Lahum |
| Perempuan (ramai) | اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُنَّ | Allahumma Barik Lahun |
Walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari cara baca, mengikut jantina dan jumlah orang yang didoakan, maksud bagi ungkapan itu masih sama. Maksudnya ialah, “Ya Allah, Berkatilah”.
Bila Perlu Menggunakan Allahumma Barik
Ungkapan ini merupakan satu doa yang serba boleh dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Contoh situasi yang boleh kita gunakan ungkapan ini adalah:
- Sewaktu Meraikan Acara Bahagia seperti:
- Perkahwinan
- Kelahiran Ahli Keluarga
- Perayaan
- Bagi Menunjukkan Rasa Syukur & Tanda Penghargaan
- Sewaktu Memohon Keberkatan
- Bagi Memohon Perlindungan Allah S.W.T

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al-Fath.
Surah Al-Fath
Surah Al-Fath merupakan surah ke-48 yang diturunkan ke dalam Al-Quran. Surah Al-Fath ini terdiri daripada 29 ayat dan merupakan salah satu surah madaniyah, yang bermaksud ia diturunkan di Madinah.
Surah ini dinamakan Al-Fath yang membawa maksud kemenangan. Perkataan Fath ini diambil dari perkataan Fathan yang juga merupakan antara kata yang terdapat dalam potongan ayat dari zikir dan ayat pertama surah ini, Inna Fatahna Laka Fathan Mubina.
Surah ini diturunkan selepas Perjanjian Hudaibiyyah, di mana umat Islam mengalami satu titik perubahan yang signifikan dalam sejarah Islam, iaitu penandaan awal kepada penaklukan semula Kota Mekkah.
Surah ini menekankan bahawa walaupun pada pandangan manusia perjanjian tersebut mungkin dilihat sebagai kekalahan, tetapi sesungguhnya ia adalah kemenangan yang nyata bagi umat Islam.
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina
Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan satu zikir yang dibaca apabila kita ingin memohon kemenangan atau kemudahan daripada Allah S.W.T. Zikir ini merupakan potongan ayat pertama dalam Surah Al-Fath.
Zikir ini diturunkan sebagai berita gembira kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dan kegembiraan Baginda telah diriwayatkan dalam Sahih Bukhari seperti berikut:
Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari.
Kegembiraan Nabi Muhammad S.A.W ini adalah kerana ayat pertama dalam surah ini menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh baginda dan umat Islam pada waktu itu, dalam perjuangan mereka dan tentang kesempurnaan nikmat Allah S.W.T
Teks Bacaan Rumi & Maksud Doa
Bagi anda yang ingin belajar cara membaca zikir Inna fatahna laka fathan mubinaI, berikut merupakan teks asal, dan cara bacaan rumi beserta makna zikir buat pengetahuan anda:
اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
Inna fatahna laka fathan mubina
Makna: Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu kemenangan yang nyata
Kelebihan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina
Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan anda peroleh jika anda mengamalkan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina ini dalam kehidupan seharian anda:
- Hidup diberkati Allah S.W.T
- Dimurahkan rezeki
- Dipermudahkan urusan dalam semua perkara
- Mampu melembutkan hati pembaca dan juga orang lain
- Menemui jalan penyelesaian bagi setiap masalah
Zikir “Inna fatahna laka fathan mubina” yang merupakan potongan ayat dari Surah Al-Fath, bukan sahaja merupakan lafaz kemenangan tetapi juga simbol harapan dan keyakinan kepada pertolongan Allah.